Halaman

Khamis, 15 September 2011

Perempuan dari Mata Lelaki


Perempuan, tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal? Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan. Mengapa?Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya
kehairanan. Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya ?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS.
Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri,laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan. Saya, dari rahim seorang perempuan juga. Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari mereka lahirnya pewaris masa hadapan! Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah,
pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman.Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia? Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan
perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiri bagi lelaki
 Mustahil lelaki tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi
pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi
penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki. Maka mustahil lelaki hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik.MasyaAllah.Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup
aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga
maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila
melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk
dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka. Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka. Apakah perempuan-perempuan
memikirkan diri mereka sendiri? Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa.Bukan tujuan untuk disayangi.
Tetapi tujuan ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Maksud sayang pada saya adalah ~ hendak masuk syurga bersamanya. Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu.wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu
betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu
ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat
perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga? Maka jangan murahkan. Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan. Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Bila Lelaki Hilang Tulang Rusuknya


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 

Selasa, 13 September 2011

Sayang


Bila kita sayang orang tu ,,
Kita tunggu dia lama pun takpa ..
Tapi bila dia tunggu kita ?? dia marah2 ,,
Hati kata ,, ala adatlah ada yang menunggu dan ditunggu ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita tak tido pon takpa layan dia yang tengah bosan ..
Tapi bila kita bosan ada dia layan kita ??
Hati kata takpa ,, mungkin dia busy kot ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita gadoh dengan dia ,, kita diam je ..
Tapi dia heboh 1 dunia ,, 
Hati kata takpa ,, mungkin dia tension tu ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita call nak cakap dengan dia ..
Tapi dia bagi fon kat orang lain atau matikan ,,
Bila jadi mcm tu ,,
Hati kata takpa ,, layan je .. Kawan dia kawan kita jugak ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita bercerita dengan dia ( CERITA DENGAN TUNGGUL LAGI BAIK ) ..
Tapi bila dia bercerita dengan kita ,,
Kita dengar ,, sepatah2 kita kena ingat ,, 
Kalau tak ingat kita yang kene marah ..
hati kata takpa ,, sayang katakan ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita dan dia lapar ..
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia ,,
Hati kata ,, ala jagalah hati dia ,, sian dia ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih ..
Tapi bila kita letih ,, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan ,,
ADIL KER ?? Hati kate ,, ala bukan selalu pun ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit ..
Tapi bila kita sakit ,,
Dia siap kuar ngan kawan2 dia meraikan kesakitan kita ..
Hati kata ,, ala takpa .. Takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya ..
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut ,,
Walaupun kita sakit ,, dia kata kat kita .. 
Ala sakit2 biasa je ,, jangan nak mengarut ..
Hati kata ,, macam ni lah bila kita takda ,,
dia sungguh happy ..

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita tak sanggup tengok dia derita ..
Tapi dia tak pernah hargai diri kita ,,
Hati kata ,, tau tak betapa kita sayangkan dia ??

Bila kita sayang orang tu ,,
Kita sanggup tinggalakan dia selama-lamanya untuk dia bahagia ..
Tapi ,, adakah dia tahu pengorbanan kita ??
Hati kata takpa ,, janji dia bahagia ..

DAN .........

Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya ,,
Dia datang ziarah pusara kita ..

Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita ,,
Dia minta maaf sebab  pernah buat kita tunggu ,,
Dia minta maaf sebab  pernah pakasa kita layan dia time dia bosan ,,
Dia minta maaf sebab  pernah hebob 1 dunia tentang kesalahan kita ,,
Dia minta maaf sebab  pernah tak hiraukan call kita ,,
Dia minta maaf sebab  pernah tak dengar luahan hati kita ,,
Dia minta maaf sebab  pernah buat kita kelaparan sebab dia ,,
Dia minta maaf sebab  pernah ganggu waktu rehat kita ,,
Dia minta maaf sebab  pernah pentingkan diri dia sendiri ,,
Dia minta maaf sebab  tak pernah hiraukan sakit kita ,,
Dia minta maaf sebab  tak pernah tengok penderitaan kita ..

Bila kita sayang orang tu ,,
kita buat semuanya kan ??
Tapi dia tak pernah faham kan ??

DAN ......

Bila kita tinggalkan dia ,,
Dia datang padan kita dan kata SORRY .......
SORRY ?? Selepas lukakan hati kita !!

Bila kita sayang orang tu ,, 
Kita kata takpalah ,, AKU dah tinggalkan dunia ..
Moga dia bahagia tanpa kita ..
Dan ,, hati kita kata ..
Takpalah ,, apapun yang dia buat .. Kita tetap sayangkan dia .....

Isnin, 12 September 2011

Hasad

    Adakah anda tahu apakah itu hasad?Adakah anda tahu apakah makna hasad?Hasad ialah satu penyakit hati yang kronik.Hasad mempunyai maksud yang sama dengan dengki.Terdapat banyak sebab yang boleh menimbulkan perasaan hasad ataupun dengki.Sebab pertama yang menimbulkan hasad ialah sombong.Sombong ialah apabila seseorang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.Perasaan hasad sebenarnya berasal daripada iblis,ini kerana apabila iblis diperintahkan untuk sujud kepada nabi Adam iblis tidak mahu suhjud kerana iblis merasakan diriya lebih hebat daripada nabi Adam kerana ia diciptakan daripada api manakala nabi Adam diciptakan daripada tanah.Namun apabila Allah memutuskan sebaliknya timbul penyakit hasad dalam diri iblis.Itulah yang mendorong iblis mengeluarkan ucapan dan tindakan untuk menghilangkan nikmatdaripada nabi Adam.Begitulah yang berlaku pada zaman sekarang dimana ramai yang meniru sikap iblis.Rasa sombong telah menyebabkan mereka beranggapan orang lain tidak layak mendapat kelebihan.
Sebab kedua ialah seseorang itu terlalu cintakan dunia.Nikmat dunia seperti harta,jawatan,kemasyhuran bukanlah untuk dicintai tetapi dimanfaatkan bagi mendekatkan diri kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia.Sayangnya,angkara hawa nasu telah menyebabkan ramai manusia terpesona dengan nikmat dunia lalu berkelakuan buruk.Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “Cinta dunia kepala kepada kejahatan”.Ramai orang yang berhasad apabila melihat orang lain lebih baik dari dirinya namun tidak ramai yang berhasad apabila melihat orang lain melakukan ibadah dan tinggi akhlaknya.Tipuan dunia telah dijelaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud “Bacakanlah wahai Muhammad kepada mereka berita seorang yang kami telah berikan kepadanya pngatahuan mengenai ayat-ayat al-kitab kami.Kemudian dia melepaskan dirinya daripada mematuhi ayat-ayat itu,lalu dia diikuti oleh syaitan dengan godaannya,maka termasuklah dia dalam golongan yang sesat”(Surah al-A’raf ayat 175-176).
Sebab yang ketiga adalah persaingan yang tidak sihat.Persaingan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan dunia.Pada dasarnya,islam menggalakkan persaingan yang sihat sesama manusia.Maksud persaingan yag sihat adalah semua pihak mesti sama-sama mengunakan sumber yang ada pada diri masing-masig untuk meraih nikmat yang diberikan Allah secara halal,adil dan harmoni.Namun manusia hanya berusaha,Allah jualah yang menentukannya.Tidak semua yang berusaha akan mendapat apa yang mereka usahakan.Yang dapat seharusnya bersyukur dan  yang tidak dapat seharusnya bersabar.Namun malangnya ini tidak berlaku.Ramai yang berhasad kepada orang yang mendapat nikmat.Persaingan yang sepatutnya menimbulkan satu perlumbaa kearah kebaikan telah menimbulkan perasaan dendam,marah,kecewa dan hasad dengki.Sebenarnya,hasad yang berpunca daripada persaingan ini terjadi kepada orang yang tidak mempunyai keyakinan diri,kurang ilmu dan tumpul kemahiran. 
Akhir sekali hati orang yang hasad penuh dengan karat.Hati itu tidak akan dapat memantulkan cahaya keimanan seperti cermin yang diselaputi kotoran Kuliah,nasihat,tazkirah dan pesanan tentang kebenaran,kebaikan dan kesabaran akan berlalu begitu sahaja tanpa ada meninggalkan kesan.Dia akan membuat kemungkaran walaupun dia tahu itu satu kemungkaran dan masih enggan melakukan kebaikan walaupun dia tahu itu satu kebaikan.