Halaman

Isnin, 12 September 2011

Hasad

    Adakah anda tahu apakah itu hasad?Adakah anda tahu apakah makna hasad?Hasad ialah satu penyakit hati yang kronik.Hasad mempunyai maksud yang sama dengan dengki.Terdapat banyak sebab yang boleh menimbulkan perasaan hasad ataupun dengki.Sebab pertama yang menimbulkan hasad ialah sombong.Sombong ialah apabila seseorang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.Perasaan hasad sebenarnya berasal daripada iblis,ini kerana apabila iblis diperintahkan untuk sujud kepada nabi Adam iblis tidak mahu suhjud kerana iblis merasakan diriya lebih hebat daripada nabi Adam kerana ia diciptakan daripada api manakala nabi Adam diciptakan daripada tanah.Namun apabila Allah memutuskan sebaliknya timbul penyakit hasad dalam diri iblis.Itulah yang mendorong iblis mengeluarkan ucapan dan tindakan untuk menghilangkan nikmatdaripada nabi Adam.Begitulah yang berlaku pada zaman sekarang dimana ramai yang meniru sikap iblis.Rasa sombong telah menyebabkan mereka beranggapan orang lain tidak layak mendapat kelebihan.
Sebab kedua ialah seseorang itu terlalu cintakan dunia.Nikmat dunia seperti harta,jawatan,kemasyhuran bukanlah untuk dicintai tetapi dimanfaatkan bagi mendekatkan diri kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia.Sayangnya,angkara hawa nasu telah menyebabkan ramai manusia terpesona dengan nikmat dunia lalu berkelakuan buruk.Rasulullah telah bersabda yang bermaksud “Cinta dunia kepala kepada kejahatan”.Ramai orang yang berhasad apabila melihat orang lain lebih baik dari dirinya namun tidak ramai yang berhasad apabila melihat orang lain melakukan ibadah dan tinggi akhlaknya.Tipuan dunia telah dijelaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud “Bacakanlah wahai Muhammad kepada mereka berita seorang yang kami telah berikan kepadanya pngatahuan mengenai ayat-ayat al-kitab kami.Kemudian dia melepaskan dirinya daripada mematuhi ayat-ayat itu,lalu dia diikuti oleh syaitan dengan godaannya,maka termasuklah dia dalam golongan yang sesat”(Surah al-A’raf ayat 175-176).
Sebab yang ketiga adalah persaingan yang tidak sihat.Persaingan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan dunia.Pada dasarnya,islam menggalakkan persaingan yang sihat sesama manusia.Maksud persaingan yag sihat adalah semua pihak mesti sama-sama mengunakan sumber yang ada pada diri masing-masig untuk meraih nikmat yang diberikan Allah secara halal,adil dan harmoni.Namun manusia hanya berusaha,Allah jualah yang menentukannya.Tidak semua yang berusaha akan mendapat apa yang mereka usahakan.Yang dapat seharusnya bersyukur dan  yang tidak dapat seharusnya bersabar.Namun malangnya ini tidak berlaku.Ramai yang berhasad kepada orang yang mendapat nikmat.Persaingan yang sepatutnya menimbulkan satu perlumbaa kearah kebaikan telah menimbulkan perasaan dendam,marah,kecewa dan hasad dengki.Sebenarnya,hasad yang berpunca daripada persaingan ini terjadi kepada orang yang tidak mempunyai keyakinan diri,kurang ilmu dan tumpul kemahiran. 
Akhir sekali hati orang yang hasad penuh dengan karat.Hati itu tidak akan dapat memantulkan cahaya keimanan seperti cermin yang diselaputi kotoran Kuliah,nasihat,tazkirah dan pesanan tentang kebenaran,kebaikan dan kesabaran akan berlalu begitu sahaja tanpa ada meninggalkan kesan.Dia akan membuat kemungkaran walaupun dia tahu itu satu kemungkaran dan masih enggan melakukan kebaikan walaupun dia tahu itu satu kebaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan